Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan Toh Puan Majimor Shariff.

Pada majlis sama hotel itu turut meraikan hari ulangtahun kelahiran Abdul Rahman yang ke-80 yang akan disambut Julai ini.

Pengurus Besar Hotel The Light Raj Kumar berkata, pihaknya tidak pernah melupakan golongan kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim itu untuk sama-sama meraikan hari raya.

“Lebih istimewa pada tahun ini kita turut raikan ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri yang akan disambut pada bulan hadapan bersama mereka.

“Anak-anak yatim ini juga menerima duit raya yang disampaikan sendiri oleh Tun dan Toh Puan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai Datuk Rozali Mohamud. - UTUSAN ONLINE