Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK), Datuk Ahmad Rasidi Hazizi berkata, artikel berkenaan ju­ga mengandungi pelbagai kesilapan yang serius serta berdasarkan reaksi daripada pemikiran kolonial yang sombong.

Selain itu kata beliau, artikel berkenaan turut me­ren­dahkan-rendahkan ke­pemimpinan Perdana Menteri, kerajaan Malaysia, badan kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), media, polis dan pengundi negara ini.

“Sebagai contoh, Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat tidak pernah menu­duh Najib sebagai Perdana Menteri yang ‘menyalurkan keluar’ dana dan tidak pernah menyatakan bahawa dana tersebut adalah hadiah daripada seorang peminat yang tidak dinamakan.

“Malah Perdana Menteri dan banyak pegawai telah me­nyatakan bahawa dana yang sebahagian besarnya telah di­kembalikan adalah derma daripada keluarga Arab Saudi dan telah disahkan oleh Menteri Luar Arab Saudi,” katanya menerusi surat kepada pengarang majalah The Economist, semalam.