``Kami tidak akan menghantar mereka ke mana-mana kerana mereka perlu melalui proses pengesahan kewarganegaraan, proses yang sedang dilakukan semasa mereka melarikan diri,’’ kata jurucakap polis, Krissana Patanacharoen.

Semalam Beijing sekali lagi mendesak Bangkok untuk menghantar pulang etnik berkenaan jika berjaya ditahan semula namun negara ini menegaskan tidak akan berbuat demikian.

Seramai 25 tahanan etnik itu melarikan diri dari pusat berkenaan namun lima berjaya ditahan berhampiran sempadan Thailand-Malaysia manakala yang lain masih bebas. - AFP