Menurut kenyataan firma itu, tempoh tujuh hari diberikan kepada pihak polis untuk menyerahkan dokumen yang dituntut itu.

“Anak guam kami mengulangi bahawa wang yang disita tersebut adalah milik UMNO dan tidak ada kaitan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd.,” kata kenyataan itu, hari ini.

Pada 18 Mei lalu, sepasukan polis telah bertindak merampas sejumlah wang yang didakwa sebagai dana politik UMNO bagi tujuan kempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 5 Mei lalu dan pengurusan parti.

Wang tersebut dirampas ketika proses pertukaran kepimpinan baharu dalam UMNO selepas diadakan pemilihan parti pada 30 Jun lalu. - UTUSAN ONLINE