Ketuanya, Datuk Azhari Shaari berkata, walaupun Kerajaan Persekutuan kini di bawah Pakatan Harapan, ia bukanlah penghalang untuk pihaknya mengadakan program bagi memastikan pendidikan menjadi keutamaan golongan bumiputera.

“Hari ini kita meraikan 100 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di kawasan Parlimen Shah Alam.

“Kebiasaannya menjelang peperiksaan besar seperti UPSR, Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), program keagamaan sebegini diadakan,” katanya dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk calon-calon UPSR di sini, malam tadi.

Azhari menambah, pihaknya berharap majlis sedemikian diteruskan pada masa hadapan memandangkan UPSR adalah ujian yang penting bagi murid sekolah rendah.

Jelasnya lagi, bidang pendidikan membuka ruang untuk murid-murid memilih bidang yang ingin mereka jadikan pengkhususan di peringkat sekolah menengah.

“Kami akan terus menganjurkan program sama bagi calon-calon lain peperiksaan besar seperti SPM dan PT3.

“Pendidikan adalah perkara penting dan tidak boleh dibuat sambil lewa. Peperiksaan menjadi medan untuk anak-anak kita merubah nasib keluarga seterusnya memperkasa umat Islam dari sudut sosioekonomi,” katanya. - UTUSAN ONLINE