A. XAVIER JAYAKUMAR
A. XAVIER JAYAKUMAR

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata, beliau amat bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa kadar harga diguna pakai ketika ini tidak munasabah.

“Kalau boleh berunding, saya sedia berbuat demikian bersama Singapura. Namun perkara ini melibatkan inisiatif kerajaan dengan kerajaan (G2G).

“Kita tunggu satu masa nanti. Apabila kedua-dua kerajaan bertemu, kita akan bincang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas diberikan taklimat mengenai Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit di Pejabat Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri, Bangunan Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr. Tan Yew Chong serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Zamri Yusuf.

Ditanya mengenai kenyataan pemimpin Singapura yang menyatakan ‘tidak berminat’ untuk berbincang berhubung rundingan itu, Xavier menjawab,”Tak betul lah begitu.” - UTUSAN ONLINE