Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, sejajar dengan itu kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited dan sama sekali tidak mempertikaikan peranan bahasa kebangsaan tersebut selain mengadakan pelbagai usaha untuk menggalakkan seluruh masyarakat menguasai bahasa Melayu.

“Tetapi kita kena faham selain MBM (Memartabatkan Bahasa Melayu), kita juga ada MBI (Memperkukuh Bahasa Inggeris) malah kementerian turut menggalakkan para pelajar menguasai bahasa ketiga.

“Langkah ini mampu mewujudkan kekuatan kepada pelajar dan tidak timbul masalah mana-mana pihak tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datin Mastura Mohd. Yazid (BN-Kuala Kangsar) yang meminta kerajaan menyatakan tahap kesedaran dalam kalangan kerajaan PH mengenai kedudukan bahasa Melayu di negara ini. - UTUSAN ONLINE