NORHAYATI HASHIM
NORHAYATI HASHIM 

Seorang ibu tung­gal, Norhayati Hashim, 34, berkata, anak sulungnya tidak sabar mencuba pakaian seragam baharu ke sekolah tahun depan.

“Tidak dinafikan, saya sememangnya ada menyimpan se­­dikit wang bagi membeli kelengkapan per­sekolahan anak-anak namun berasa lega apabila mengetahui permohonan bantuan diterima. Sekurang-kurangnya simpanan itu dapat digunakan untuk perkara lain.

“Kerja saya sebagai pengasuh dengan pendapatan seba­nyak RM900 tidak mencukupi. Barang sekolah pun sudah mencecah lebih RM 100,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, pe­lajar tingkatan 2, Nur Dalya Marsya Hamzi Amni, 14, berkata, dia terpaksa menyimpan wang perbelanjaan harian untuk membeli kelengkapan sekolah.

“Saya tidak mahu susahkan ibu bapa. Jadi, terpaksa menggunakan wang sendiri untuk melengkapkan keperluan persekolahan seperti buku, kotak pensel dan sebagainya,” ujar­nya.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Abdul Aziz Jusoh berkata, diharapkan bantuan itu dapat meringankan beban mereka sekeluarga di samping memberi kegembiraan kepada pelajar.

“Kami ikhlas menyantuni mereka dan bukannya secara ala kadar. Jika ada pelajar yang dilantik pengawas kita akan sediakan barang-barang sekolah mengikut keperluannya.

“Selain itu, sasaran kita adalah ingin membantu golongan ini keluar daripada kelompok asnaf dan diharapkan suatu hari nanti mereka pula akan menjadi salah seorang pembayar zakat,” katanya.