Bom seberat kira-kira 45 kilogram dan berukuran kira-kira 1.2 meter itu dijumpai kira-kira satu kilometer dari kawasan perkampungan Orang Asli Pengkalan Tereh pada pukul 10.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, penemuan bom berkenaan kemudianya dilaporkan di Balai Polis Kampung Gajah dekat sini.

"Berikutan itu sepasukan pegawai dan anggota polis dikejarkan ke lokasi bagi mengelak orang ramai mendekati bom yang dipercayai masih aktif.

"Bom berkenaan akan dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom Bukit Aman," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai tidak menceroboh kawasan bom terbabit bagi mengelak kejadian tidak diingini. - UTUSAN ONLINE