Nunes yang diiringi Duta Besar Brazil ke Malaysia, Carlos Martins Ceglia dalam pertemuan dengan Najib itu, tiba di negara ini semalam untuk lawatan kerja tiga hari.

Wisma Putra dalam satu ke­nyataan memaklumkan, Malaysia dan Brazil dijangka meneroka sektor yang berpotensi bagi kerjasama dua hala dan bertukar-tukar pendapat mengenai isu serantau dan antarabangsa untuk kepentingan bersama semasa lawatan kerja Nunes.

Sejak hubungan diplomatik terjalin pada 1959, hubungan dua hala Malaysia-Brazil kekal kukuh dan terjalin kerjasama yang baik dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pen­didikan, keselamatan, pertahanan dan hubungan antara rakyat dengan rakyat.

Pada tahun 2016, jumlah perdagangan di antara kedua-dua buah negara mencecah US$2.73 bilion berbanding US$2.52 bilion pada 2015. – BERNAMA