Ucapan sama turut diberikan kepada mereka kerana memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang perhimpunan menolak usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) itu dijalankan.

Selain itu, menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan semua agensi kerajaan yang terlibat dalam mengawal keselamatan dan ketenteraman awam.

“Perhimpunan kesyukuran di atas keputusan kerajaan membatalkan ratifikasi ICERD berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Saya berpuas hati dengan pendekatan yang diambil oleh pihak polis dalam memudah cara perhimpunan ini mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam satu kenyataan, di sini malam ini.

Muhyiddin sekali lagi mengulangi pendirian kerajaan untuk menghormati hak bersuara dan berhimpun secara aman selaras dengan semangat Malaysia baru.

Katanya, hak-hak berkenaan boleh diamalkan selagi menurut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. - UTUSAN ONLINE