Baginda bertitah, pelaksanaan pelbagai projek seperti menaik taraf Jalan Pasir Hor - Kadok, pembinaan sebahagian Lebuh Raya Rakyat, projek Bypass Jalan Pasir Mas dan Jejambat Wakaf Bharu bakal memberi banyak manfaat kepada rakyat.

“Beta juga dimaklumkan cadangan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL). Projek ini akan dimulakan melalui pengecaman jajaran dan pengambilan balik tanah tahun ini.

“Beta bersyukur jajaran yang bermula di Gombak, Selangor ini akan dipanjangkan sehingga ke Pengkalan Kubor yang terletak di sempadan Kelantan dan Thailand,” titah baginda ketika merasmikan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-13 2017 di sini hari ini.

Pemangku Raja Kelantan turut merakam terima kasih kepada kerajaan Pas Kelantan serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kerana melaksanakan pelbagai program bagi menarik pelaburan ke negeri ini. - UTUSAN ONLINE