"Kesemua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara wilayah Banteay Meanchey telah dibebaskan. Terima kasih kepada kerajaan Kemboja yang memberi kerjasama yang baik kepada pihak kerajaan Malaysia. Alhamdulillah," katanya menerusi catatan dalam akaun Twitter beliau malam ini.

Kesemua warga Malaysia dibebaskan lewat petang ini selepas beberapa rundingan dibuat dengan pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia.

Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican yang mengesahkan perkara itu berkata keputusan meluluskan pembebasan itu dibuat oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Sen setelah mendapati semua tahanan itu telah ditipu oleh sindiket ejen pekerjaan.

Wisma Putra pada Khamis lepas mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia itu sejak 11 Dis tahun lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram. - BERNAMA