HASNUL
HASNUL 

Menurutnya, sehubungan itu tidak perlu timbul isu mempertikaikan sama ada ia kemenangan yang sah atau sebaliknya.

Beliau berkata, isu yang dibangkitkan iaitu kelemahan pengadil dan persoalan selepas penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy tidak berada di atas garisan gol sebelum bola disepak tidak harus dimainkan.

Malah Hasnul Zulkarnain mempertikaikan bekas pengadil berpengalaman yang dilaporkan mengatakan pengadil melakukan kesilapan kerana tidak menghukum Hafizul Hakim.

"Terdapat pengadil dan dua pembantunya yang mengendalikan penentuan sepakan penalti dan tiada di antara mereka yang mengatakan kedudukan Hafizul Hakim satu kesalahan.

"Pengadil sudah membuat keputusan dalam perlawanan tersebut dan ia muktamad, jadi terimalah hakikat Perak adalah juara," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hasnul Zulkarnain mengulas laporan mengenai kejayaan Perak menjulang Piala Malaysia Sabtu lalu selepas mengalahkan Terengganu menerusi penentuan penalti 4-1, benar-benar sah atau dibantu mutu pengadilan yang lemah.

Menurut Hasnul, beliau bersetuju dengan isu kelemahan mutu pengadilan perlawanan tersebut namun tidak wajar jika kemenangan Perak dipertikaikan.

"Kita telahpun meraikan kejayaan muncul juara malah trofi Piala Malaysia pun sudah berada di negeri ini," katanya. - UTUSAN ONLINE