Keterujaan Fatimah, 76, me­nyambut kunjungan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan dapat dilihat apabila dia mengenakan pakaian rasmi Pergerakan Wanita UMNO - baju kurung putih dan kain serta tudung merah.

“Saya memakai baju Wanita UMNO sebab Presiden UMNO datang. Seronok apabila Perdana Menteri melawat untuk bertanya khabar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas kunjungan tersebut.

Dalam kunjungan itu, Najib menyampaikan sumbangan susu, lampin pakai buang, wang tunai dan kerusi roda kepada Fatimah yang pernah menjadi Ketua Wanita UMNO Cawangan Salong selama lebih 40 tahun.

Sementara itu, anak ketiga Fatimah, Alawiyah Saman, 53, berkata, ibunya cukup bersema­ngat dalam perjuangan UMNO dan sanggup bersama-sama menggantung bendera serta poster di pokok ketika kempen pilihan raya.

“Sampai sekarang ibu masih bersemangat dengan perjuangan UMNO, dia gembira apabila Perdana Menteri melawatnya hari ini dan bangun awal pagi serta minta dipakaikan baju rasmi UMNO,” katanya.