Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Terharu sambutan luar biasa

PUTRAJAYA 17 Mei – Perbada­nan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terharu dengan sambutan menggalakkan peserta Pertandingan Multimedia Video (Mulvec) apabila lapan daripada 13 pemenang utama menjadikan bayaran balik pinjaman dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) sebagai tema.

WAN AHMAD WAN YUSOFF

Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff berkata, tema-tema ini dilihat amat dekat dan popular dalam kalangan pelajar yang rata-rata menjadi peminjam PTPTN dan bakal menabung untuk anak-anak mereka kelak dengan SSPN-i.

“Dua perkara paling penting yang ingin disampaikan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai keperluan untuk membayar balik pinjaman dan membuat simpanan.

“Ia bagi memastikan generasi hadapan akan terus menikmati kemudahan yang sama seperti yang mereka nikmati hari ini bagi melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi,” katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah Mulvec Siri 1 di sini hari ini.

Mulvec merupakan pertan­dingan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Utusan Online yang dibahagikan kepada tiga siri bermula 1 Disember 2016 bagi Siri 1 manakala Siri 2 sedang berlangsung sehingga 31 Mei 2017 seterusnya Siri 3 bermula 1 Jun hingga 15 Ogos 2017.

Mulvec Siri 1 membawa lima tema yang boleh dipilih oleh peserta iaitu, Bayaran Balik PTPTN, SSPN-i, Program Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL), CEO @ Faculty dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain