MOHD. NOR HAMZAH
MOHD. NOR

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah berkata, pelaksanaan dasar itu kelak bakal memberi ruang yang secukupnya kepada golongan berkenaan untuk menikmati keindahan semulajadi Terengganu tanpa rasa bimbang.

Justeru ujar beliau, kenyataan kepada sebuah portal berita yang tular menjadi isu berhubung pendirian kerajaan Pas yang tidak gopoh dengan masih mengekalkan peraturan sedia ada sebelum ditambah baik dan bukannya terus menolak kerana baharu sahaja mentadbir negeri, mungkin menimbulkan khilaf dalam laporan.

"Kerajaan negeri (dalam soal pelancongan) akan menyelesaikan masalah-masalah yang ada secara berperingkat, toleransi dan harmoni melalui dialog, perbincangan dan sudah tentu rujukan daripada Islam kerana Islam tidak pernah mengenepikan hak bukan Islam.

"Contohnya, Islam tidak pernah memaksa wanita bukan Islam bertudung tetapi pastinya mereka tidak boleh sewenang-wenangnya berpakaian yang tidak senonoh di tempat awam. Dalam temuramah, saya tidak menyebut isu berbikini secara khusus, mungkin wartawan terkhilaf,"ujarnya.

Beliau menjelaskan demikian dalam kenyataan berhubung laporan yang menyebut beliau sebagai berkata, kerajaan negeri tidak menghalang pelancong bukan beragama Islam dari dalam atau luar negara untuk melakukan aktiviti pelancongan, termasuk 'berbikini' di kawasan pulau dan pantai negeri itu.

Mohd. Noor dilaporkan berkata, kerajaan menghormati hak orang bukan Islam untuk 'berbikini', walaupun asas perjuangan parti itu ialah memartabatkan agenda Islam.

Sehubungan itu, beliau berharap isu berkenaan dapat difahami dengan baik oleh dua kelompok masyarakat iaitu mereka yang gopoh untuk melihat perubahan dalam sekelip mata agar jangan menganggap kerajaan negeri akan mengabaikan peraturan dan keindahan adab.

"Kelompok kedua yang mahu memburukkan kerajaan negeri supaya bertindak seperti kerajaan ala Taliban. Kerajaan negeri akan mendahului sikap toleransi dan dialog di samping bergerak dengan dakwah dan meneruskan pembangunan insan. 

"Islam tidak pernah mengetepikan hak bukan Islam contohnya, Islam tidak pernah memaksa wanita bukan Islam bertudung, tetapi pastinya mereka tidak boleh sewenang-wenangnya berpakaian yang tidak senonoh di tempat awam.

"Dalam temuramah (portal berita prokerajaan), saya tidak menyebut isu berbikini secara  khusus, mungkin wartawan terkhilaf," katanya.-UTUSAN ONLINE