SHAFRUDDIN ALI HUSSIN
SHAFRUDDIN

Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin berkata, tumpuan diberikan di kawasan yang lazimnya berisko, melibatkan sekurang-kurangnya 17 buah sekolah yang dijadikan pusat peperiksaan.

"Kita mengenal pasti semua pusat peperiksaan dan laluan yang berisiko banjir serta bersedia dengan pusat alternatif bagi memudahkan calon menduduki peperiksaan itu.

"Semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah mempunyai bilik gerakan banjir dengan info lengkap bagi memudahkan mendapatkan kerjasama, bantuan daripada jabatan dan agensi lain serta indivdu , selain melakukan pelarasan,"katanya di sini hari ini .

Menurut beliau sekiranya keadaan mendesak, calon-calon akan ditempatkan di asrama atau sekolah.

"Pihak ibu bapa dan calon diminta memaklumkan  perkembangan hujan atau banjir kepada pihak sekolah atau PPD yang memerlukan mereka dipindahkan.

"Di samping itu, perlulah sentiasa mendapat info terkini mengenai banjir melalui media massa rasmi atau arus perdana," ujarnya. - UTUSAN ONLINE