Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali memberitahu, daripada jumlah tersebut, RM10 juta adalah diperoleh melalui hasil kutipan yuran dengan kadar yang tidak membebankan ibu bapa itu.

Katànya, ini bermakna kerajaan negeri perlu menanggung kos pengurusan sebanyak RM10 juta setahun iaitu kira-kira 50 peratus daripada kos sebenar  perbelanjaan.

"Ini tidak termasuk kos pembaikian, penyelenggaraan bangunan taska serta penyediaan peralatan dan permainan kanak-kanak.

"Kerajaan negeri mementingkan kecemerlangan rakyat yang ditekankan bermula dari peringkat awal pendidikan kanak-kanak di mana pelaburan perlu dibuat bagi mendapatkan pulangan dalam usaha bentuk modal insan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hafaz Muqqadam 23 Surah Lazim dan Graduasi Kanak-Kanak Taska Permats Keluarga Parlimen Marang di Dewan Besar Masjid Sultanah Nur Zahirah, di sini hari ini.

Yang turut hadir, iPengarah (YPKT Mohd Shafaruddin Mustaffa.

Dalam majlis itu seramai 132 orang kanak-kanak Taska Permata Keluarga bagi Parlimen Marang berusia 4 tahun menerima sijil masing-masing setelah berjaya hafaz dalam tempoh enam bulan.

Menurut Yahaya, bagi seluruh negeri, seramai 1,170 kanak-kanak di 66 Taska telah berjaya menghafaz 23 Surah Lazim.

"YPKT merupakan sàtu-satunya agensi kerajaan negeri terbesar di negara ini yang melaksanakan perkhidmatan taska untuk kanak-kanak berusia empat tahun dan ke bawah.

"Justeru, dengan wujudnya taska Permata YPKT ini, memberi peluang kepada kanak-kanak memperoleh suatu bentuk asuhan dan didikan secara formal dengan seimbang dan menyeronokkan," jelasnya.- UTUSAN ONLINE