Beliau memberitahu, keyakinan awalnya berdasarkan barisan pemain yang berkemampuan memperkuatkan skuad penyu itu yang bukan sekadar melengkapkan jumlah pasukan yang beraksi.

Katanya, di samping para pemain import, TFC I juga bakal menurunkan para pemain tempatan yang mampu memberi saingan d musim depan antaranya tiga bekas pemain T-Team iaitu Mohamad Kamal Azizi Mohd Zambri, Mohd Fauzi Abdul Kadar dan Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris.

Begitu juga bekas pemain Kedah, Mohd Fitri Omar dan bekas penjaga gol utama Pahang, Wan Mohd Azraei Wan Teh yang turut tersenarai memperkuatkan skuad TFC I musim depan.

“Kita ambil pemain berdasarkan prestasi mereka dan 95 peratus adalah kalangan pemain tempatan. Kita yakin pasukan ini akan memberi saingan dan menjadi pasukan yang lebih baik dan menyerlah tahun depan,” katanya kepada pemberita di pejabat PBSNT di sini hari ini.

Dalam pada itu, lima pemain import itu termasuk dua import bagi memenuhi kuota Asia dan Asia Tenggara iaitu pemain kelahiran Perancis dari Kemboja, Thierry Chantha Bin, 26, dan Kim Hyeon

Woo, 28, dari Korea Selatan.

Mereka berdua hadir di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di sini hari ini dan majlis menandatangani dokumen turut disaksikan oleh Ketua Jurulatih TFC I, Irfan Bakti Abu

Salim dan Setiausaha Kerja PBSNT, Shahrizan Mohd. Zin.

Tiga lagi pemain import ialah pemain kelahiran Ivory Coast, Tchetche Kipre, bekas pemain import Negeri Sembilan, Andrew Lee Tuck dan pemain pertahanan kelahiran Montenegro, Igor Zonjic.

Tchetche disahkan telah menandatangani kontrak perjanjian untuk bersama TFC I manakala Lee Tuck dan Zonjic bakal menyusul dalam waktu terdekat ini. - UTUSAN ONLINE