Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, daripada jumlah itu, 17,808 merupakan calon dari sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di samping 740 calon dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Selain itu, katanya, juga melibatkan 58 calon sekolah menengah agama negeri, 126 calon swasta dan 892 calon persendirian.

"Seramai 1,303 petugas ditempatkan di 168 pusat peperiksaan bagi membantu mengendalikan perjalanan peperiksaan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Shafruddin berkata, bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula seramai 2,367 calon akan mula menduduki peperiksaan itu esok di 44 pusat membabitkan 393 petugas.

Beliau menasihatkan semua calon agar merujuk waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan, arahan dan amaran sepanjang tempoh itu berlangsung.

Katanya, calon juga diingatkan supaya sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan cuaca di tempat masing-masing.

"Sekiranya berlaku kecemasan termasuk berdepan kesukaran untuk ke pusat peperiksaan calon disarankan berhubung segera dengan pihak sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE