Jonathan yang mewakili ATM menamatkan larian dengan catatan 21.10 saat (s) untuk menewaskan pencabar terdekatnya Abdul Wafiy Roslan dari Terengganu dengan catatan 21.24s di tempat kedua.

Jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan yang mewakili Melaka sekadar menamatkan larian di tempat ketiga dengan catatan 21.27s.

Dalam saingan akhir 200m wanita pula, Zaidatul Husniah yang mewakili ATM dinobat sebagai pemenang pingat emas selepas mencatat 23.74s.

Pingat perak menjadi milik rakan sepasukan Zaitadul Husniah, S. Komalam Shally yang mencatat 24.38s manakala atlet dari Perak, Shereen Samson Vallabouy sekadar pulang dengan pingat gangsa selepas mencatat 24.63s.

Sementara itu, dalam acara lain menyaksikan hajat Abdul Latiff Romly untuk mendominasi acara akhir lompat jauh tidak kesampaian apabila menamatkan aksi dengan pingat perak.

Pingat emas menjadi milik atlet dari Korea Selatan, Kim Sang-su yang mencatat jarak lompatan 7.39 meter (m), hanya 0.02 sentimeter lebih jauh daripada catatan atlet paralimpik negara Abdul Latiff yang mewakili Perlis.

Pingat gangsa menjadi milik atlet elit negara, Luqman Hakim Ramlan yang mewakili Kuala Lumpur dengan catatan 7.24m. – UTUSAN ONLINE