Selepas memulakan saingan dengan rentak hambar semalam, Chong Wei, pilihan utama di sini, memperbaiki rentak pada pusingan kedua hari ini dengan mudah menumpaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun Il, 21-13, 21-17 dalam masa 31 minit.

Corak permainan yang memberangsangkan yang ditunjukkan oleh Chong Wei itu dapat memberi isyarat bahawa beliau sudah bersedia untuk merangkul gelaran pertama Terbuka India. — Bernama