Tentera Israel telah menembak mati dua lelaki berusia 19 tahun yang dikatakan cuba menikam seorang askar yang sedang bertugas berhampiran Nablus di kawasan Tebing Barat.

Selain mereka, dua remaja lain turut ditembak semalam.

Pegawai Palestin mendakwa Israel telah mengeruhkan ketegangan sedia ada yang semakin memuncak yang mana penduduk Palestin percaya ia disasarkan untuk memperketatkan kawalan Israel ke atas kawasan jajahan tersebut.

Jurucakap kerajaan Palestin, Ghassan Khatib menggesa supaya siasatan terperinci berhubung pembunuhan mangsa, Mohammed Qawariq dan Saleh Qawariq dijalankan hari ini, dengan mendakwa terdapat saksi yang menyatakan bahawa mereka ditembak mati selepas ditahan. - Reuters