Jurucakap tentera Filipina, Mejar Raul Farnacio berkata, satu platun tentera melakukan operasi di sebuah perkampungan di pulau Samar ketika menyangkakan sekumpulan anggota polis sebagai anggota gerila Tentera Rakyat Baharu (NPA).

“Insiden itu tidak disengajakan dan apabila berdepan dengan situasi tegang, adalah sukar untuk mengenal pasti pihak lawan.

“Bagaimanapun, kami akan melakukan siasatan berhubung insiden berkenaan,” katanya. – REUTERS