Baginda bagai­ma­napun turut berasa amat dukacita dan sedih kerana masih berlaku beberapa insiden melibatkan kekejaman terhadap haiwan an­taranya kes anak kucing dipijak sehingga mati, serta perbuatan meracun dan membakar anjing.

 

“Saya memohon kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyemai sifat kasih sayang dan belas kasihan terhadap haiwan-haiwan yang terbiar di jalanan yang tidak mampu untuk mempertahankan diri,” titah Tengku Permaisuri Norashikin menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Selangor Royal Office semalam.

Mahkamah semalam menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang lelaki yang videonya tular dalam laman media sosial berhubung tindakan kejam bersama rakannya membunuh kucing yang dipercayai bunting de­ngan memasukkan haiwan itu ke da­lam mesin penge­ring di kedai dobi.

Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas pemandu teksi A. Mohanraj, 42, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah, pada se­butan kes semalam.