Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pengisytiharan pelantikan tersebut mendapat perkenan daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan sejajar dengan itu, gelaran atau panggilan hormat berkenaan adalah terpakai.

"Putera sulung daripada sembilan beradik ini dilahirkan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

"Tengku Hassanal baru sahaja bergraduat di Geneva School of Diplomacy and International Relation di Switzerland dengan mendapat ijazah dalam bidang Hubungan Antarabangsa minggu lalu," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE