Adinda kepada Tengku Abdullah, Datuk Seri Sulaiman Sultan Abu Bakar berkata, kekandanya meninggal dunia kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Beliau dibawa pulang ke Pekan untuk disemadikan di Makam Diraja Pekan petang ini,” katanya.

Tengku Arif Bendahara adalah bapa mertua kepada mantan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - BERNAMA