Menteri Kewangan, Lim Guan Eng  berkata, dasar yang diamalkan itu merupakan polisi baharu kerajaan yang diyakini adil kepada semua pihak.

Katanya, ini kerana kerajaan mahu memastikan pihak yang mendapat tender berkenaan mempunyai kelayakan dan mahu menyiapakan projek diberikan.

" Kalau dahulu, ada ' kabel' , anda (kontraktor bumiputera) mudah untuk dapat kontrak, sekarang tidak lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat Belanjawan 2019 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, polisi tender terbuka telah diamalkan DAP ketika mereka mula mentadbir negeri ini pada 2008.

" Ketika itu, kita mendapati ada kontraktor Melayu yang boleh buat kerja dan layak mendapat tender," katanya.

Sementara itu, Guan Eng meluahkan rasa kesal terhadap pihak tertentu yang membuat fitnah kononnya negeri-negeri Pantai Timur diabaikan dalam Bajet 2019.

Katanya, dakwaan sesetengah pemimpin di negeri berkenaan tidak berasaskan fakta dan hanya sekadar tuduhan melulu kerana walaupun ketiga-tiga negeri Pantai Timur tidak ' sekapal' dengan Kerajaan Persekutuan yang ditadbir Pakatan Harapan, namun peruntukan untuk rakyat di sana tetap disalurkan. - UTUSAN ONLINE