Pelakon-pelakon itu boleh ditemui ketika pengunjung singgah ke Laman Kampung Mak Cun di pameran tersebut.

Penerbit drama tersebut, Erma Fatima Rahmat berkata, selain itu, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis masakan istimewa Melayu ketika berada di sana.

“Saya jamin semua hidangan yang berasal dari seluruh negara yang disajikan di Kampung Mak Cun sangat enak selepas saya sendiri merasainya.

“Saya sendiri akan menyediakan hidangan masakan ikan patin tempoyak dan asam pedas,” katanya ketika ditemui pada program lawatan media sempena MAHA 2016 di Serdang dekat sini hari ini.

Erma Fatima berkata, pengunjung juga boleh mendapatkan bedak Mak Cun yang menjadi tarikan utama drama itu semasa melawat laman itu.