Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, perkara itu akan ditetapkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Tabung Haji dalam masa terdekat.

“Tempoh menunaikan haji boleh dipendekkan sekiranya negara kita memilik kuota jemaah yang tinggi kerana jumlah jemaah seramai 27,900 kepada 30,200 jemaah sebelum ini menyaksikan tempoh disingkatkan daripada 120 tahun kepada 89 tahun.

“Kemungkinan kita akan menerima penambahan kuota sehingga 35,000 dan KPI Tabung Haji menyasarkan sehinga 50 tahun,” katanya selepas program Ziarah Kasih Ramadan kepada 1,500 penerima di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya. - UTUSAN ONLINE