Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, tempoh tersebut dilanjutkan memandangkan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baharu diumumkan semalam.

"Bagi Tingkatan 4 pula, tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan berdasarkan tarikh pengumuman keputusan rasmi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) nanti.

"Kuota maksimum pengambilan pelajar baru di 54 buah MRSM bagi tahun depan adalah 7,760 bagi Tingkatan 1 manakala bagi Tingkatan 4 adalah sebanyak 2,245 tempat," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE