Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, langkah itu terpaksa diambil kerana mereka tidak sanggup untuk menanggung kerugian besar ekoran dasar baharu tersebut.

Dakwanya, para pengusaha stesen minyak akan berdepan peningkatan kos operasi berganda bermula 1 Januari ini, kerana mereka terpaksa membeli stok minyak pada harga lebih tinggi tetapi perlu menjual pada harga lebih rendah.

"Paling utama kejatuhan 30 sen itu yang akan mengakibatkan kerugian sebanyak RM42 juta sehari kepada industri. Pada 2014, kami kerugian RM62 juta sehari tetapi tiada siapa yang menggantikannya.

"Sekalipun jika dalam tempoh penetapan secara mingguan itu ada berlaku kenaikan harga minyak, jualan runcit kami masih tidak akan berupaya menampung jumlah kerugian ketika harga minyak jatuh," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE