Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasinya, Nizam Sani berkata, usaha itu merupakan salah satu inisiatif pihaknya untuk mencapai sasaran keahlian sebanyak 1.2 juta berakhir Oktober tahun depan. 


“Dalam usaha untuk memperkasakan kelab ini, kami kini dalam usaha untuk memperbaharui  dan menambah baik faedah yang boleh diperoleh para ahli. Kelab Nuri tampil dengan imej baharu serta pelbagai tawaran pakej eksklusif untuk ahli. 


“Pada tahun kesepuluh usia kelab ini, pihak bank menawarkan faedah empat dalam satu kepada para pelajar yang menjadi ahli. Ia termasuklah perlindungan takaful, simpanan, potongan diskaun sehingga 25 peratus yang boleh digunakan di lebih 100 lokasi dan pelbagai aktiviti percuma seperti tusyen rakyat,” ujarnya ketika sidang akhbar di Taman Burung Kuala Lumpur, dekat sini hari ini.


Pelajar yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di seluruh cawangan Bank Rakyat dan laman sesawang www.kelabnuri.com dengan yuran keahlian serendah RM50.-UTUSAN ONLINE