Mail Online melaporkan, Ma yang merupakan pengasas kepada syarikat Alibaba mempertahankan sistem waktu kerja ‘996’ iaitu pekerja perlu bekerja selama 12 jam sehari antara pukul 9 pagi dan 9 malam selama enam hari seminggu.

Sekurang-kurangnya pekerja Alibaba menghabiskan masa mereka selama 72 jam untuk bekerja dari tempoh 168 jam seminggu.

“Secara peribadinya, keupayaan untuk bekerja dalam sistem 996 merupakan satu rahmat besar.

“Banyak syarikat dan pekerja tidak mempunyai peluang untuk melakukan sistem 996. Jika anda tidak boleh bekerja dalam sistem itu ketika masih muda, jadi, bilakah anda boleh melakukannya?”, kata Ma. – AGENSI