Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif TEKUN, Datuk Baharom Embi berkata, kerjasama tersebut dilaksanakan untuk menaiktaraf kemahiran keusahawanan kakitangan TEKUN yang telah berkhidmat lebih 10 tahun.

“Melalui program kerjasama yang pertama kali diadakan ini seramai 30 warga kerja yang terdiri pengurus TEKUN negeri dipilih mengikuti kursus Diploma Eksekutif Pengurusan Kewangan selama sembilan bulan yang ditaja sepenuh oleh pihak kami.

“Dalam program eksekutif berkenaan, USM menawarkan lapan subjek berkaitan pengurusan kewangan dan perakaunan” katanya selepas majlis MoU di ibu pejabat TEKUN di sini hari ini.

Yang turut Dekan Fakulti Perniagaan USM, Prof. Dr. Azlan Amran.

Pada majlis berkenaan, TEKUN diwakili Baharom manakala USM pula diwakili Naib Canselor, USM Prof. Datuk Dr. Asma Ismail.

Mengulas lanjut, Baharom TEKUN akan terus memberi peluang kepada1,300 kakitangan lain untuk melanjutkan pengajian peringkat lebih tinggi pada masa depan sejajar dengan peredaran dan keperluan semasa.

Sementara itu, Asma pula berkata, pihaknya sentiasa ‘membuka jalan’ untuk golongan yang mempunyai kerjaya bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dengan kaedah cekap dan berkesan melalui pelbagai medium pembelajaran. - UTUSAN ONLINE