BAHAROM EMBI
BAHAROM EMBI

Manakala bagi tahun lalu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Baharom Embi berkata, sebanyak RM700 juta pembiayaan telah diluluskan dan jumlah pembiayaan bagi tahun ini dijangka akan terus meningkat.

“Fokus utama kita ada memberi pembiayaan kepada golongan isi rumah 40 peratus berpendapatan rendah (B40) sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membantu kumpulan sasar itu meningkatkan pendapatan.

“Golongan ini kebanyakannya terdiri daripada usahawan yang mempunyai modal berbayar RM300,000 ke bawah dan terlibat dengan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di HPPNK 2017 di Maeps Serdang, dekat sini hari ini.

Baharom berkata, pihaknya menyeru supaya golongan B40 yang masih belum mempunyai bantuan pembiayaan agar mendapatkan maklumat di gerai pameran TEKUN di HPPNK 2017.

“Di sini kami akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai pembiayaan dan perkhidmatan yang ditawarkan TEKUN kepada usahawan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE