Telah membahagiakan kau dengan menyeru nama Hayyul Qayyum.

Panggilah Dia, mintalah da­ripada-Nya, tanyalah kepada-Nya, merayulah kepada-Nya, Dia mendengar kamu, menjawab kamu, memuliakan kamu, me­rahmati kamu, membantu kamu dan melihat kepada kamu.

Sesungguhnya bagi Tuhan itu di setiap siang dan malam 360 pandangan dan apabila Dia melihat kepada hamba-Nya dengan salah satu daripada pandangan-Nya ini, telah memberinya bantuan yang dengannya tidak akan sesat buat selama-lamanya.

Lihatlah kepada kami (diulang 7 kali), dengan pandangan rahmat, de­ngan pandangan kelembutan, dengan pandangan kemuliaan, pandangan ihsan, dengan pandangan yang telah Engkau gunakan kepada Ahli Badar.

Wahai Allah, aku serahkan kepada Kamu keseluruhan mereka ini, mohon jagalah mereka, dan aku serahkan kepada Engkau agama mereka dan keamanan mereka, dan penyudah amalan-amalan mereka dan hati-hati mereka dan apa yang telah Engkau beri kepada mereka daripada keberkatan atau cahaya atau keimanan atau sifat benar mereka atau keikhlasan atau petunjuk. Wahai sebaik-sebaik tempat kami berserah.

Aku serahkan kepada Engkau terhadap semua itu (diulang 3 kali). Maka Engkau jadilah penjaga bagi kami dan mereka, wahai sebaik-baik tempat berserah bagi agama, du­nia dan akhirat. Ya rabbal alamin ya akramal akramin (semulia-mulia).

Dengan keberkatan fatihah kepada Nabi SAW.....(diam mem­belalakkan mata kerana melihat kedatangan Nabi).......Maka sebaiknya bagiku untuk berhenti berkata-kata pada saat ini dan memberi salam kepada Saiyidil Anam (Nabi SAW).

Selamat sejahtera kepada Engkau wahai Nabi Muhammad dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya (3 kali).

Dan dengan itu baiknya pengabdian dan tingkah laku sebagaimana baginda.

Dan ke atasnya (Nabi SAW) sebaik-baik selawat dan salam.

Wahai Allah selawat dan sejahteralah sebaik-baik selawat dan salam kepada Saidina Muhammad, junjungan mulia kami rauufurrahim.