Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd. Rani berkata, ketetapan itu perlu dilakukan supaya perbuatan tersebut tidak menjadi budaya dalam kalangan pemimpin yang telah diberi tanggungjawab untuk mewakili pengundi.

“Hari ini berlaku lagi budaya khianat dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen yang di pilih rakyat. Apakah dengan mengisytiharkan ADUN atau Ahli Parlimen bebas, kalian akan dianggap bersih dari dosa?.

“Agama ini jelas melarang kalian (Ahli Parlimen atau ADUN) melakukan khianat, apa sahaja parti kalian wakil,”katanya menerusi Facebook beliau semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan ADUN Guar Chempedak dari UMNO, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismai yang menjadi wakil rakyat bebas semalam. - UTUSAN ONLINE