Menurut Agensi Meteorologi Jepun, taufan itu bergerak pada kelajuan 252 kilometer (km) sejam merentasi lautan Pasifik menuju ke selatan negara ini.

Agensi yang sama turut meramalkan bahawa Jepun juga akan berdepan masalah hujan lebat beserta angin kencang susulan taufan berkenaan.

Pusat Amaran Taufan Bersama yang dikendalikan oleh tentera laut Amerika Syarikat (AS) menggelar taufan terbabit sebagai ‘super typhoon’ disebabkan kelajuannya yang luar biasa itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dijangka tidak berdepan masalah untuk memenangi pilihan raya tersebut walaupun negaranya kini sedang menghadapi cuaca buruk yang tidak menentu.

Abe turut menggesa para pengundi supaya keluar awal bagi mengelakkan terperangkap dalam hujan lebat dan angin kencang ketika mereka membuang undi esok.

Pada dua pilihan raya umum yang lalu, kehadiran pengundi dikatakan kurang memberangsangkan apabila tidak sampai daripada 60 peratus yang dilaporkan keluar mengundi. -AFP