SALLEH SAID KERUAK

"Ini untuk memberi lebih banyak masa kepada semua pihak menyediakan persekitaran penyiaran sepenuhnya meliputi penyiar hinggalah kepada anggota masyarakat," kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata liputan TV digital Malaysia adalah hampir 85 peratus pada masa ini dan 15 peratus lagi dijangka dicapai tidak lama lagi.

Salleh berkata walaupun perkhidmatan analog mungkin ditamatkan tidak lama lagi, kerajaan ingin memastikan bahawa perkhidmatan itu berjalan lancar dan bahawa setiap isi rumah mempunyai akses kepada saluran percuma sebaik sahaja perkhidmatan tersebut ditukar kepada perkhidmatan digital sepenuhnya.

"Kita juga sedang memantau perkembangan dI rantau ini memandangkan Malaysia bersempadan dengan empat negara lain iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Thailand.

"Keperluan teknikal menjadikannya perlu untuk kita bergerak seiring dengan negara-negara jiran kerana rancangan mereka akan memberi kesan kepada penggunaan spektum dan saluran kita di sepanjang kawasan sempadan bersama," kata beliau.

Menurut Salleh, Singapura telah mengumumkan bahawa tarikh penamatan perkhidmatan TV analog mereka telah ditangguhkan dari akhir Disember tahun lepas (2017) kepada 31 Deis tahun ini.

Beliau berkata penundaan oleh Malaysia juga akan memudahkan pengaturan teknikal antara kedua-dua negara.

"Memastikan rakyat mempunyai akse kepada maklumat setiap masa adalah matlamat utama kita. Penangguhan itu akan memberi kita lebih banyak masa untuk mengurangkan risiko sesetengah komuniti atau isi rumah yang tidak dapat akses kepada maklumat awam," katanya. - BERNAMA