Ketua Bahagian Komunikasi dan Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, turut diadakan adalan senaman taici.

"Sempena Tahun Baharu Cina yang jatuh pada minggu lalu, MBSA menampilkan tarian singa dalam dan sambutan yang diterima daripada orang ramai sangat menggalakkan. 

"Untuk menyuntik kelainan, kita turut mengadakan pertandingan pakaian beragam dalam kalangan peserta. Pakaian beragam tersebut menampilkan kategori individu dan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Menurutnya, program Hari Tanpa Kenderaan merupakan inisiatif MBSA kearah mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di jalan raya yang menyebabkan pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam. 

Jelas beliau, ia adalah selaras hala tuju MBSA untuk menjadikan bandar raya ini rendah karbon menjelang 2030.  

"Bagi mencapai objektif tersebut, kita mengambil inisiatif mempelbagaikan pengisian program bagi menarik orang ramai,” ujarnya.

Dalam program itu, MBSA juga menyediakan permainan wall climbing, perpustakaan bergerak, cabutan bertuah, jualan pokok dan pelbagai permainan menarik. - UTUSAN ONLINE