Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, banyak tapak warisan di Pulau Pinang dimiliki warganegara asing terutamanya rakyat Singapura.

Katanya, situasi itu berlaku disebabkan sikap acuh tidak acuh rakyat negeri ini yang seolah-olah tidak menjaga warisan sejarah mempunyai nilai tinggi itu.

"Jangan marah jika mereka (warganegara asing) membeli peninggalan sejarah yang ada di negeri ini kerana sikap kita yang tidak mahu menjaga semua warisan itu.

"Memanglah asalnya semua tapak itu kita punya tetapi disebabkan kita tidak menjaganya, ia boleh jatuh ke tangan orang luar," katanya ketika berucap dalam Majlis Perayaan Pelancongan Tahun Baharu Cina 2017 di Padang Kota Lama, di sini malam tadi.

Beliau turut mengingatkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng untuk mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan di negeri yang terkenal sebagai hub makanan tradisional.

"Saya tidak teragak-agak membuat pemantauan secara mengejut dan jika tahap kebersihan tidak memuaskan, Guan Eng perlu ambil tindakan," tegasnya. - UTUSAN ONLINE