Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, semua pelaburan KWSP terma­suk yang dibuat di AS dilakukan secara ketat dan cermat bagi memastikan pulangan keuntu­ngan kepada pencarum.

Begitu juga dengan pembelian pesawat Boeing katanya, adalah untuk menjadikan MAB sebuah syarikat penerbangan kompetetif dan menunjukkan pelan rasio­nalisasi berjalan dengan baik berikutan kemampuan syarikat itu membeli pesawat moden.

“Kita perlu berfikir ke hadapan seperti syarikat AS melabur di negara kita kerana mahukan keuntungan. Kejayaan kita yang kini menjadi pengeksport mo­dal adalah petunjuk bahawa kita adalah negara berjaya,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan tiga hari ke AS, di sini.

Dalam pertemuan dengan Presiden Donald J Trump, Perdana Menteri telah mengemukakan cadangan untuk menambah bilangan pesawat. Malaysia komited membeli 25 pesawat 737 MAX 10 dan lapan pesawat 787 Dreamliners dan kemungkinan menambah 25 lagi 737 MAX 10 pada masa depan.

KWSP pula merancang me­labur hingga AS$4 bilion lagi sebagai tambahan kepada hampir AS$7 bilion sekarang. – UTUSAN