Pesuruhjaya perbandaran, Rajseh Lakhoni berkata, tiga tandas akan dibina bagi menampung bilangan golongan yang semakin meningkat itu, sebagai satu projek permulaan dimulakan selepas pilihan raya umum ini.

Cadangan tersebut bagaimanapun, menerima reaksi berbelah-bagi daripada golongan khunsa.

Presiden Persatuan Aravanigal, Aasha Bharati berkata, beliau tidak menyokong langkah itu kerana ia akan mendorong berlakunya diskriminasi.

“Kami mahu diterima sebagai wanita. Di hati kami, kami adalah wanita,’’ ujarnya. Dianggarkan terdapat 30,000 khunsa di negeri Tamil Naidu dan 500,000 orang di seluruh India. - AFP