Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata. pembelian tanah di TRX bukan untuk menghilangkan wang para pendeposit sebaliknya akan memberi pulang pelaburan yang baik kepada Tabung Haji dan para pendepositnya.

Katanya, ini kerana harga tanah yang dibeli adalah di bawah harga pasaran dan ia menjadi aset Tabung Haji.

“Harga belian pada tahun 2015 adalah RM189 juta atau RM2,774 kaki persegi, Sekarang, nilai tanah di TRX telah meningkat kepada RM205 juta atau RM3,002 kaki persegi. Peningkatan sebanyak 8.2 peratus berbanding harga belian. Tabung Haji sudah pun untung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas isu yang tular yang dibawa oleh DAP di media sosial mengenai pembelian tanah Tabung Haji di TRX adalah untuk membayar hutang-hutang 1MDB.