Menurut kumpulan pemberontak yang menguasai wilayah itu, beberapa orang penduduk dikhuatiri masih tertimbus selepas jatuhan batu menghempap kediaman mereka di kawasan pergunungan Jebel Marra dekat Darfur pada 7 September lalu.

Jurucakap kumpulan Tentera Pembebasan Sudan-Abdul Wahid, ( SLA- AW), Mohamed El-Naier berkata, pada 7 September lalu, sebahagian bukit runtuh menghempap dan memusnahkan sebuah perkampungan dengan kebanyakan penduduk dikhuatiri masih tertimbus. - AFP