MAYAT TANAH RUNTUH

Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat mangsa tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN ONLINE

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Saadon Mokhtar, dua mayat ditemukan pukul 9.15 pagi dan 10.45 pagi tadi manakala mayat ketiga kira-kira pukul 1 petang tadi.

Menurut beliau, ketiga-tiga mangsa merupakan antara 14 buruh binaan asing termasuk seorang warga tempatan yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berkenaan.

"Kerja-kerja menyelamat berdepan kesukaran kerana mangsa tertimbus sedalam hampir 35 meter selain keadaan tanah yang berselut.

"Kita juga mendapatkan bantuan unit anjing pengesan bagi mencari mangsa yang tertimbus," katanya. - UTUSAN ONLINE

mayat tanah runtuh