Mereka mendakwa, syarikat tersebut menceroboh kawasan tersebut dan merancang menanam pokok bunga matahari di atas tanah seluas 0.8 hektar.

Luas keseluruhan tanah rizab berkenaan adalah 16 hektar.

Difahamkan, syarikat terbabit dilantik seorang ahli politik tempatan untuk mengusahakan tanah tersebut tanpa merujuk kepada penduduk.

Katanya, tanah terbabit diakui bukan milik penduduk dan berstatus rizab sungai, namun mereka menghabiskan wang dan tenaga untuk membersihkan kawasan terbabit sebelum menanam jagung, cili serta ubi.

“Kami kecewa dan marah apabila melihat kawasan tanah diusahakan kami diceroboh tanpa dimaklumkan kami terlebih dahulu.

“Mereka sepatutnya membersihkan kawasan hutan yang belum diteroka, bukannya tanah diusahakan kami.

“Setakat ini, sebanyak 0.8 hektar sudah diteroka syarikat itu dan tidak mustahil mereka akan meneroka lebih banyak tanah pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Kumpulan penduduk terbabit turut mengadakan bantahan aman di hadapan kawasan tanah yang diteroka syarikat berkenaan hari ini. - UTUSAN ONLINE