Presiden Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia, Mohd. Rofik Mohd. Yusof berkata, kenaikan itu akibat peningkatan pelbagai kos yang perlu ditanggung oleh pengusaha termasuk alat ganti dan kos penyelenggaraan.

Menurutnya, harga minyak yang tidak menentu ketika ini juga turut menyumbang kepada peningkatan kos operasi pengusaha bas sekolah.

“Kami tidak menolak kemungkinan akan ada pengusaha bas sekolah berbuat demikian untuk membolehkan mereka terus bernafas dan terus memberikan perkhidmatan.

“Dijangka berlaku kenaikan kadar tambang sebanyak RM10 untuk kawasan luar bandar manakala sebanyak RM20 untuk kawasan bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia Kali Ke-6 di Dewan Orang Ramai Taman Meru di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE